button follow

button follow

Saturday, 26 January 2013

Logo Halal Luar Negara yang Diiktiraf Jakim @ 25Sept2012


Be careful with your food!!Check this first before eat..
Semoga kita selalu berada dibawah linduganNya..



Sunday, 20 January 2013

UNIC - LANGKAH TERCIPTA

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Wednesday, 10 October 2012

gagal





(1) Apabila anda gagal, anda sebenarnya telah mengambil 
langkah pertama untuk berjaya.
(2) Anda akan gagal sekiranya pemikiran anda hanya 
memikirkan mengenai kegagalan.
(3) Kegagalan akan membantu untuk mematangkan anda membuat 
keputusan pada masa akan datang.
(4) Kegagalan hanyalah merupakan satu proses pembelajaran 
untuk anda menjadi lebih berjaya.
(5) Kegagalan untuk menghadapi ketakutan terhadap diri sendiri 
adalah merupakan kegagalan paling teruk.
(6) Anda tidak akan mengetahui nikmat kejayaan selagi anda tidak pernah 
merasa kegagalan.
(7) Kegagalan bukanlah titik noktah untuk kehidupan anda.
(8) Semakin banyak anda mengalami kegagalan, semakin dekat 
untuk anda menghampiri kejayaan.
(9) Kegagalan dan kejayaan adalah perkara yang sama. Apabila anda sudah bersedia untuk bermain, anda juga perlu bersedia untuk menghadapi kedua-duanya.
(10) Seorang yang takut gagal adalah seorang yang tiada keyakinan terhadap diri sendiri.
(11) Kegagalan adalah satu perkara yang seronok diceritakan apabila anda sudah berjaya.
(12) Seorang yang telah berjaya akan berasa lebih bangga untuk menceritakan kegagalan yang pernah mereka alami dan bagaimana mereka menghadapinya berbanding kejayaan.
(13) Tanpa kegagalan, kejayaan seseorang tidak akan lengkap.
(14) Gagal sekali tidak bermakna anda akan gagal selamanya.
(15) Setiap kegagalan akan membuka peluang kepada kejayaan yang baru.
(16) Sekali anda gagal, seratus kali anda perlu yakin bahawa anda akan berjaya.
(17) Risiko akan menghasilkan dua jawapan sahaja, kejayaan atau kegagalan.

so,,