(1) Apabila
anda gagal, anda sebenarnya telah mengambil
langkah pertama untuk berjaya.
(2) Anda akan gagal sekiranya pemikiran anda
hanya
memikirkan mengenai kegagalan.
(3) Kegagalan akan membantu untuk mematangkan
anda membuat
keputusan pada masa akan datang.
(4) Kegagalan hanyalah merupakan satu proses
pembelajaran
untuk anda menjadi lebih berjaya.
(5) Kegagalan untuk menghadapi ketakutan
terhadap diri sendiri
adalah merupakan kegagalan paling teruk.
(6) Anda tidak akan mengetahui nikmat kejayaan
selagi anda tidak pernah
merasa kegagalan.
(7) Kegagalan bukanlah titik noktah untuk
kehidupan anda.
(8) Semakin banyak anda mengalami kegagalan,
semakin dekat
untuk anda menghampiri kejayaan.
(9) Kegagalan dan kejayaan adalah perkara yang
sama. Apabila anda sudah bersedia untuk bermain, anda juga perlu bersedia untuk
menghadapi kedua-duanya.
(10) Seorang yang takut gagal adalah seorang
yang tiada keyakinan terhadap diri sendiri.
(11) Kegagalan adalah satu perkara yang seronok
diceritakan apabila anda sudah berjaya.
(12) Seorang yang telah berjaya akan berasa
lebih bangga untuk menceritakan kegagalan yang pernah mereka alami dan
bagaimana mereka menghadapinya berbanding kejayaan.
(13) Tanpa kegagalan, kejayaan seseorang tidak
akan lengkap.
(14) Gagal sekali tidak bermakna anda akan gagal
selamanya.
(15) Setiap kegagalan akan membuka peluang
kepada kejayaan yang baru.
(16) Sekali anda gagal, seratus kali anda perlu
yakin bahawa anda akan berjaya.
(17) Risiko akan menghasilkan dua jawapan
sahaja, kejayaan atau kegagalan.
so,,




No comments:
Post a Comment