1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan
satu senaman berbentuk jogging dalaman di
mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu
memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak
dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan
memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja
berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi
banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kitatersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap
kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman
memperlahankan aliran darah yang melalui sinus
ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke
hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan
dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain
itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan
17 ototmuka berbanding 43 ketika mengerutkan
dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka,
tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan
endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan
fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu
rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100
kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat
kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini
terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah
dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian
kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah
daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih
banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak
berumur antara empat hingga enam tahun ketawa
400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di
kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika
orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari
Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan
terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan
stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa
dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak
baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan
badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa
telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan
pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala
kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik
tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10
minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan
sampel darah tersebut, kumpulan pertama
didapati peningkatan hormon semakin baik seperti
hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’
dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’
dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus
semulajadi dalam badan akan bertambah selaras
dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein
melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem
pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan
antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan
darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah
dan ini secara tidak langsung merangsang proses
penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa
tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan
atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit
jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan
kimia badan dan secara tidak langsung
merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi,
strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan
Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas
300 responden dan mendapati 40 peratus orang
yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa
berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang
baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen,
sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang
badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen
dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua
belah otak dan meningkatkan keupayaan
untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan
tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka
serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki
fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan
dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga
yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti
kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada
tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan
senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi
penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa
ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman
yang dilemparkan mampu menyerikan
hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan
hati yang sedang marah atau mampu juga untuk
memulakan
sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
« SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBAN-
GNYA».
Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau
meleret tak kisah lah jangan senyum sinis
dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan
keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.


.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment